
GIVING INFORMATION...
Kingsbury (right) attending to students at one of the recent free
counselling sessions. |
|
KUCHING, Rabu - University of Waikato di New Zealand ialah
sebuah university untuk abad ke-21," demikian tegas Cik Vivienne Kingsbury yang
tiba di sini untuk mengadakan sesi kaunseling tentang peluang pendidikan di
New Zealand yang dijadual diadakan esok.
Beliau berada di sini untuk memberi khidmat nasihat kepada
pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi di negara yang terkenal
sebagai sebuah tempat yang selesa.
Sesi kaunseling esok akan bermula jam 2 petang di NZ Centre
di tingkat bawah, Lot 2067 di Jalan Utama, Pending.
Sesi akan berakhir pada jam 5 petang.
University of Waikato menawarkan
16 ijazah mahasiswa, 70 mata pelajaran utama dan program dan lebih dari 3,000
kertas mengenai pelbagai pilihan pengajian khas.
Kebanyakan daripada ijazah menawarkan pengalaman sebenar bekerja dengan asas
teoretikal yang teguh.
Dengan jumlah kakitangan seramai 1,600 orang kampusnya
terletak di kawasan seluas 68 hektar terletak kira-kira 3 km dari daerah
perniagaan pusat bandar raya Hamilton.
Perjalanan dari Auckland mengambil
laluan kira-kira 1.5km ke selatan untuk menuju kampus yang dibina dalam
persekitaran bagaikan taman yang indah.
|