|
KUCHING, 6 Jun: New Zealand yang sejak
sekian lama mempunyai hubungan akrab dan mesra bersama Malaysia berharap untuk
memindahkan kemahiran dan teknologi yang berkaitan dalam kerjasamanya dengan
Sarawak di masa depan, kata Menteri Rundingan Perdagangan dan Pertanian negara
itu, Jim Sutton, hari ini.
Beliau berkata New Zealand yang hubungan dua halanya dengan Sarawak bermula pada
1950-an hasil daripada Pelan Colombo dan aspek keselamatan bersama sedang
meninjau kemungkinan mewujudkan usahasama dalam bidang pelancongan, pendidikan,
pertanian, pemprosesan makanan dan perhutanan di Sarawak.
"Kita (New Zealand) boleh banyak belajar daripada Sarawak dan kami mempunyai
kemahiran tersendiri dan teknologi yang kami sendiri bangunkan dan boleh
digunakan di sini (kerjasama
masa depan)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pusat New Zealand
di Pending dekat sini.
Mengenai potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, beliau berkata Sarawak dan
New Zealand boleh mewujudkan peluang-peluang kelas pertama dan pengalaman dalam
rantau supaya orang ramai dari Amerika dan Eropah boleh melawat dua destinasi
ini.
Tahun lepas, Sarawak mewakili lima peratus daripada perdagangan dua hala
bernilai bernilai RM2.4 bilion antara New Zealand dan Malaysia yang merupakan
rakan perdagangan kelapan terbesar bagi negara itu.
Buat masa ini, lebih kurang 20 syarikat New Zealand mempunyai pelaburan besar di
negara ini, termasuk telekomunikasi, elektronik, perisian, maklumat dan
teknologi makanan, sementara perniagaanperniagaan Malaysia telah melabur dalam
sektor perhotelan dan hartanah, perhutanan
dan pemprosesan makanan di New Zealand.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan berkata Sarawak
yang sebahagian besarnya mengimport produk-produk berkaitan pertanian dari New
Zealand seperti daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga pulpa dan
kertas, boleh juga mempertimbangkan untuk mengeksport buah-buahan tropika dan
makanan laut dan juga balak ke negara itu.
Mengenai peluang pendidikan, beliau berkata universiti-universiti tempatan boleh
mengadakan hubungan dan kerjasama dengan universiti-universiti tertentu di New
Zealand untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran penuntut di kedua-dua tempat.
"Kita (Sarawak) boleh menyediakan kursus spesifik untuk membolehkan penuntut
menghabiskan masa dan belaiar sebahagian daripada semester mereka di Sarawak
ataupun meneruskan pendidikan iiazah lanjutan ataupun sebaliknya," kata beliau.
|