| Auckland
mahu kukuhkan kerjasama
dengan Sarawak Utusan Malaysia - 07 June 2003 |
[ back ] [ NZC News Archive ] |
|
KUCHING
6 Jun - New Zealand berminat mengukuhkan kerjasama dua hala dengan Malaysia
khususnya Sarawak dalam sektor pendidikan tinggi, pertanian dan pelancongan. Menteri
Perundingan Perdagangannya, Jim Sutton berkata, kedua-dua pihak
mempunyai kekuatan tersendiri dalam ketiga-tiga sektor itu selain disokong
dengan kerjasama yang telah lama terjalin. "Kami
juga bersedia melakukan pemindahan teknologi seperti dalam aktiviti
pemprosesan makanan," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat
NZ (New Zealand) di sini hari ini. Majlis
itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan. Sutton
berkata, penubuhan pusat itu adalah bukti kepentingan Sarawak kepada
negaranya dengan berperanan selaku penyalur maklumat berkaitan sektor
pendidikan tinggi, perdagangan dan pelaburan. Menurutnya,
pusat itu juga boleh memainkan peranan dua hala yang memberi keuntungan
kepada kedua-dua pihak. Dalam
perkembangan berkaitan, Chan ingin melihat pusat itu berupaya membantu
meningkatkan kerjasama dengan New Zealand agar Sarawak mampu mencapai
status pusat pendidikan antarabangsa selain mengukuhkan hubungan dagang
dua hala. Katanya,
potensi meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak adalah besar, antara yang
boleh diterokai ialah sektor pendidikan dan pelancongan. "Ini
dibantu dengan hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua pihak,
contohnya ialah program pendidikan Plan Colombo," ujarnya. Nilai
perdagangan dua hala Malaysia-New Zealand pada tahun lalu ber jumlah RM2.4
bilion dengan hanya lima peratus membabitkan Sarawak. Satu
harapan beliau ialah pusat itu boleh memainkan peranan dua hala dalam
mempromosikan peluang-peluang pendidikan tinggi bukan sahaja untuk New
Zealand tetapi juga kemudahan yang ada di Sarawak. "Komuniti
pelajar asing di Sarawak juga semakin ramai termasuk mereka dari China,
Thailand dan Filipina," katanya. Beliau
memberitahu, tumpuan harus diberi kepada menawarkan lebih banyak program
pengajian berkembar yang semakin diminati oleh pelajar serta kursus lepasan
ijazah. Menurutnya,
satu faktor yang boleh membantu menarik minat kedatangan pelajar asing dan
mencetuskan suasana pembelajaran dan kondusif ialah keadaan di Sarawak
sendiri sebagai negeri yang aman dan selamat. |
|