| Hubungan
S'wak-New Zealand diperkukuh Utusan Sarawak 07 June 2003 |
[ back ] [ NZC News Archive ] |
|
KUCHING,
Jumaat - Hubungan mesra dua hala antara Sarawak dengan New Zealand akan
diperkukuhkan lagi menerusi beberapa rangkaian kerjasama yang perlu diberi
penekanan untuk meningkatkan ekonomi kedua-dua pihak. Timbalan
Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam berkata untuk
mempereratkan hubungan dua hala itu, penekanan harus ditumpukan kepada
pelaburan dan perdagangan, perhutanan, pemprosesan makanan di samping
pendidikan. Menurutnya,
perdagangan antara New Zealand clan Sarawak
yang mencatatkan nilai keseluruhannya kirakira RM120,750 yang berupa
lima peratus daripada RM2,415 juta nilai perdagangan antara New Zealand
dan Malaysia pada Disember 2002. "Bahan
berkaitan dengan pertanian merupakan antara eksport New Zealand ke negara
ini selain daging, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran serta kertas clan pulpa. "Malaysia
pula mengeksport produk petroleum, bahan elektrik, getah, alat jentera dan
minyak sayuran sejak beberapa tahun lalu," katanya pada majlis pembukaan
rasmi NZ Centre di Jalan
Pending, hari ini. Pembukaan itu dilakukan Menteri Pertanian merangkap
Menteri Perhutanan New Zealand Jim Sutton. Dr Chan yang juga Menteri
Kewangan dan Kemudahan Awam berkata hubungan ekonomi menerusi pelaburan
dua hala adalah aspek penting kerana 20 syarikat New Zealand melabur di
Malaysia yang meliputi pelbagai sektor termasuk telekomunikasi, elektronik,
perisian, teknologi maklumat, produk bangunan dan makanan. Menurutnya,
pertukaran produk antara Sarawak clan New Zealand boleh dilaku kan
menerusi sektor perhutanan kerana negara barat itu mempunyai pokok pin (sejenis
kayu lembut) manakala negeri ini mempunyai kayu keras. Selain
itu katanya, pertukaran dalam industri makanan juga dapat dilakukan
memandangkan New Zealand mempunyai produk makanan laut yang boleh dibawa
ke sini, lebih-lebih lagi masyarakat tempatan suka kelainan dari segi makanan Dari
segi pendidikan Dr Chan berkata, ramai pelajar Sarawak membuat pengajian di
universiti di New Zealand dan begitu juga dengan pela jar
di sana. Katanya,
dianggarkan 13,000 pelajar Malaysia pernah menuntut di New Zealand dan
oleh itu Sarawak bersedia menyediakan data kursus yang ditawarkan di
universiti tempatan kepada pelajar di sana. .Oleh
itu katanya, dengan adanya NZ Centre itu boleh dijadikan rujukan dalam
bidang pendidikan dan perniagaan dengan New Zealand. NZ Centre ialah
saluran untuk seluruh universiti di New Zealand. Turut
hadir ialah pengarah urusan NZ Centre, Rodger Chan dan pengarah NZ Centre,
Alex Ting. |
|