| NZ
pindah teknologi ke Sarawak Utusan Sarawak - 07 June 2003 |
[ back ] [ NZC News Archive ] |
|
KUCHING,
Jumaat - New Zealand yang sejak sekian lama mempunyai hubungan akrab dan
mesra bersama Malaysia berharap untuk memindahkan kemahiran dan teknologi
yang berkaitan dalam kerjasamanya dengan Sarawak di masa depan, kata Menteri
Rundingan Perdagangan dan Pertanian negara itu, Jim Sutton, hari mi. Beliau
berkata New Zealand yang hubungan dua halanya dengan Sarawak bermula pada
1950an hasil daripada Pelan Colombo dan aspek keselamatan bersama sedang
meninjau kemungkinan mewujudkan usaha sama dalam bidang pelancongan,
pendidikan, pertanian, pemprosesan makanan dan perhutanan di Sarawak. "Kita
(New Zealand) boleh banyak belajar daripada Sarawak dan kami mempunyai
kemahiran rersendiri dan teknologi yang kami sendiri bangunkan dan boleh
digunakan di sini (kerjasama masa depan)," kata beliau kepada
pemberita selepas merasmikan Pusat New Zealand di Pending dekat sini. Mengenai
potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, beliau berkata Sarawak dan New
Zealand boleh mewujudkan peluang-peluang kelas pertama dan pengalaman dalam
rantau supaya orang ramai dari Amerika dan Eropah boleh melawar dua
destinasi ini. 7.ihuii
Iclris, Sara"alc incwakili lima pcratus daripada perdagangan dua hala
bernilai RM2.4 bilion antara New Zealand dan Malaysia yang merupakan rakan
perdagangan kelapan terbesar bagi negara itu. Buat
masa ini, lebih kurang 20 syarikat New Zealand mempunyai pelaburan bestir di
negara ini, termasuk telekomunikasi, elektronik, perisian, maklumat dan
teknologi makanan, sementara perniagaan-perniagaan Malaysia telah melabur
dalam sektor perhotelan dan hartanah, perhutanan dan pemprosesan makanan
di New Zealand. Timbalan
Ketua Menten Tan Sri Datuk Arnar Dr George Chan berkata Sarawak yang
sebahagian besarnya mengimport produk-produk berkaitan pertanian dari New
Zealand seperti daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga pulpa
dan kertas, boleh juga mempertimbangkan untuk mengeksport buah-buahan
tropika dan makanan laut dan juga balak ke negara itu. |
|